Pahang Online Football Community
PAFOC adalah sayap e-fans bagi PCC. Untuk menjadi ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PCC kemudian di PAFOC. Ahli mendapat akses penuh termasuk gambar dan pautan. Tertakluk kepada kelulusan Admin.

Join the forum, it's quick and easy

Pahang Online Football Community
PAFOC adalah sayap e-fans bagi PCC. Untuk menjadi ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PCC kemudian di PAFOC. Ahli mendapat akses penuh termasuk gambar dan pautan. Tertakluk kepada kelulusan Admin.
Pahang Online Football Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau

4 posters

Go down

Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau Empty Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau

Post  Soul_Eight Mon Nov 23, 2009 10:00 pm

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
[You must be registered and logged in to see this link.]

TIDAK keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah barisan terbaik skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan untuk menamatkan kemarau 20 tahun tanpa kilauan pingat emas dalam acara bola sepak pada temasya Sukan SEA.

Kali terakhir skuad bola sepak meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA 1989 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan mereka hampir menamatkan kemarau itu pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur tetapi tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir.

Dua edisi berikutnya pada 2003 dan 2005, Malaysia sekadar meraih pingat gangsa tetapi pencapaian lebih teruk dialami selepas itu apabila skuad B-23 negara pulang tanpa sebarang pingat pada temasya di Korat, Thailand pada 2007.

Kini Vientiane, Laos bakal menjadi medan buat skuad B-23 negara menamatkan kemarau 20 tahun itu atau sekurang-kurangnya membawa pulang sebutir pingat seperti dititahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah kelmarin.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, sasaran awal ialah memastikan skuad kendaliannya itu berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan untuk muncul dua pasukan teratas layak ke separuh akhir.

"Kami diletak dalam Kumpulan A. Thailand dan Vietnam saya anggap sebagai pasukan yang bakal memberi rintangan kuat manakala dua lagi pasukan, Timor Leste dan Kemboja juga kita tidak boleh pandang mudah.

"Tapi perlawanan pertama bertemu Timor Leste pada 2 Disember depan cukup penting untuk kita mendapat keyakinan dan saya mahu tiga mata penuh diraih pada perlawanan itu," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Hanya 20 pemain B-23 negara bakal terbang ke Vientiane Isnin depan dengan menaiki pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Rajagobal mempunyai empat lagi kekosongan yang akan menjadi perebutan barisan pelatihnya itu.

"Daripada 25 pelatih ketika ini, saya sudah ada bayangan untuk slot 16 pemain. Baki empat lagi slot, saya akan umumkan selepas aksi persahabatan menentang Maldives pada Khamis ini.

"Perlawanan ujian itu medan terbaik untuk saya menilai beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim, Farderin Kadir dan Abd. Manaf Mamat," jelas Rajagobal.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Laos, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz berkata, secara peribadinya dia tetap berharap skuad bola sepak negara itu dapat membawa pulang pingat emas daripada Vientiane nanti.

"Sesiapa pun mampu untuk meraih pingat emas. Sikap itu yang saya mahukan. Jika 100 peratus usaha diberikan, peluang untuk menjadi juara tetap ada. Semua pemain kena ada sikap untuk menang.

"Kita anggap Sukan SEA ini sebagai langkah pertama untuk skuad bola sepak negara kembali mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Saya yakin dengan barisan muda negara ini," katanya ketika melawat latihan skuad B-23 negara petang semalam sambil ditemani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

[You must be registered and logged in to see this image.]

sumber : Kosmo

Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

Back to top Go down

Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau Empty Re: Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau

Post  al-ikhlas Mon Nov 23, 2009 10:53 pm

boleh ke?nape target gangsa...rmai ex-player pertikaikannya? ckp 1malaysia? so mestilah dapat kan gold

al-ikhlas

Posts : 27
Join date : 2009-11-23

Back to top Go down

Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau Empty Re: Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau

Post  Soul_Eight Mon Nov 23, 2009 10:54 pm

al-ikhlas wrote:boleh ke?nape target gangsa...rmai ex-player pertikaikannya? ckp 1malaysia? so mestilah dapat kan gold

sasaran awal gangsa....target biar realistik...nak lepas grouping pun payah....Vietnam ngan Thailand tu

Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

Back to top Go down

Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau Empty Re: Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau

Post  zidane Mon Nov 23, 2009 11:17 pm

Soul_Eight wrote:
al-ikhlas wrote:boleh ke?nape target gangsa...rmai ex-player pertikaikannya? ckp 1malaysia? so mestilah dapat kan gold

sasaran awal gangsa....target biar realistik...nak lepas grouping pun payah....Vietnam ngan Thailand tu

silap haribulan gangsa pun terlepas.... Twisted Evil
zidane
zidane

Posts : 34
Join date : 2009-11-23
Location : Paris

Back to top Go down

Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau Empty Re: Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau

Post  hellmate Tue Nov 24, 2009 10:24 am

jgn letakkan harapan terlalu tinggi..pressure akan menyebabkan kekecewaan..first target ialah lepasi groupin..then baru kita boleh bermain warna dgn pingat mana..HIDUP HARIMAU MALAYA..

hellmate

Posts : 16
Join date : 2009-11-24
Age : 38
Location : Kuantan

Back to top Go down

Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau Empty Re: Mas U23 :: Peluang tamatkan kemarau

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum