Pahang Online Football Community
PAFOC adalah sayap e-fans bagi PCC. Untuk menjadi ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PCC kemudian di PAFOC. Ahli mendapat akses penuh termasuk gambar dan pautan. Tertakluk kepada kelulusan Admin.

Dollah risau pemain cedera

View previous topic View next topic Go down

Dollah risau pemain cedera

Post  Soul_Eight on Sun Jan 03, 2010 9:16 am

Oleh Asrol Awang

BIARPUN sudah menemui barisan impian seperti diharapkan, jurulatih Pahang, Dollah Salleh tetap berasa bimbang dengan barisannya itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Dollah berkata beliau bimbang berlaku kecederaan dalam skuadnya itu memandangkan hanya mempunyai 11 pemain berwibawa untuk membawa cabaran getir pada saingan liga berprestij itu.

Menurutnya, jika seorang daripada mereka cedera, skuad kendaliannya itu bakal menghadapi masalah besar untuk memberi tentangan kepada lawan.

“Saya akui hanya memiliki 11 pemain yang mampu menggalas tugas seperti diamanahkan memandangkan faktor kekurangan pengalaman di peringkat saingan tertinggi.

“Jika seorang cedera, skuad ini akan menghadapi masalah besar membentuk pasukan mantap. Bukan tidak yakin dengan kemampuan pemain lain tetapi mereka belum mencapai tahap yang diinginkan.

“Setakat ini, 11 pemain ini adalah pasukan impian yang mampu meraih kembali sokongan peminat Pahang tetapi jika ada di kalangan mereka cedera, saya bimbang Pahang tidak mampu meraih kejayaan membanggakan,” katanya semalam.

Dollah berkata, secara keseluruhannya, jentera serangan, tengah dan pertahanan begitu memuaskan hatinya berdasarkan lima perlawanan persahabatan setakat ini.


Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum