Pahang Online Football Community
PAFOC adalah sayap e-fans bagi PCC. Untuk menjadi ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PCC kemudian di PAFOC. Ahli mendapat akses penuh termasuk gambar dan pautan. Tertakluk kepada kelulusan Admin.

Dollah terpaksa perah keringat

View previous topic View next topic Go down

Dollah terpaksa perah keringat

Post  Soul_Eight on Tue Dec 08, 2009 10:37 pm

JURULATIH Pahang, Dollah Salleh (gambar) mengakui terkejut apabila skuad kendaliannya itu disahkan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan, selepas pembatalan penyertaan Harimau Muda A dalam saingan berprestij itu.

Justeru, bekas jurulatih MPPJ dan Selangor itu kini terpaksa mengerah keringat untuk membentuk sebuah pasukan mantap untuk bersaing dengan pasukan lebih berwibawa.

“Saya terkejut dengan keputusan ini, tapi menganggap sebagai tuah untuk meletakkan Pahang sebaris dengan pasukan yang mampu memberi tentangan.

“Kembalinya Pahang ke Liga Super diharap dapat memberi semangat kepada pemain, sekali gus meletakkan skuad ini pada kedudukan lebih baik berbanding prestasi merudum musim lalu.

“Jika dilihat, senarai pemain yang sudah mengesahkan diri, saya lihat skuad kali ini lebih berkualiti dan diharap mampu mengimbangi permainan dengan pasukan lebih berpengalaman,” katanya semalam.

Semalam, Dollah turut mengesahkan seramai 17 pemain sudah menandatangani kontrak setahun bersama Pahang manakala baki lapan lagi pemain akan disenaraikan selewat-lewatnya hari ini.

Menurutnya, ini kerana tempoh akhir pendaftaran yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan tamat hari ini.

“Sebab itu, saya sedang berusaha mendapatkan pemain berkualiti bagi menyarung jersi Pahang musim depan. Setakat ini, beberapa pemain menghubungi saya untuk bersama kami.

“Tapi, saya tidak boleh menerima kerana rata-rata di kalangan pemain itu adalah mereka yang beraksi di bahagian pertahanan, sedangkan keutamaan saya lebih kepada penyerang dan tengah.

“Dalam situasi ini, saya harap esok (hari ini) baki lapan pemain dapat disenaraikan, tapi bukan secara tergesa-gesa, sebaliknya kerana mereka adalah yang terbaik,” katanya.

Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum