Pahang Online Football Community
PAFOC adalah sayap e-fans bagi PCC. Untuk menjadi ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PCC kemudian di PAFOC. Ahli mendapat akses penuh termasuk gambar dan pautan. Tertakluk kepada kelulusan Admin.

Pahang sudah langsai tunggakan

View previous topic View next topic Go down

Pahang sudah langsai tunggakan

Post  Soul_Eight on Thu Nov 26, 2009 4:10 am

SEJUMLAH RM555,307 tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah dijelaskan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) bagi membolehkan pasukan itu beraksi pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Selain itu, persatuan berkenaan turut menjelaskan bayaran caruman RM53,828 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kira-kira RM6,000.

Sehubungan itu, Setiausaha PBNP, Ahmad Nazri Mat Noor berkata, pihaknya berharap dengan selesainya tunggakan itu, Pahang dibenarkan beraksi musim depan.

“Hari ini (semalam), kami mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan skuad Pahang beraksi dalam Liga Malaysia musim depan.

“Dengan mengemukakan rayuan bersama dokumen lengkap seperti resit pembayaran KWSP, Perkeso dan LHDN, ia diharap meyakinkan FAM seterusnya membolehkan Pahang didaftarkan.

“Dalam isu ini, tunggakan pembayaran caruman KWSP, Perkeso dan LHDN sudah diselesaikan seperti yang disyaratkan,” katanya di Kuantan, semalam.

Baru-baru ini, FAM mengesahkan enam pasukan iaitu Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Shahzan Muda tidak layak bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Sehubungan itu, Ahmad Nazri berkata senarai pemain yang beraksi bersama Pahang musim depan akan diputuskan selepas mendapat keputusan FAM.


--------------------------------------
hampir 600k tunggakan... Rolling Eyes

senarai pasukan diputuskan selepas mendapat keputusan FAM ???? team lain dah siap announe...

Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

View user profile

Back to top Go down

Re: Pahang sudah langsai tunggakan

Post  hellmate on Thu Nov 26, 2009 11:04 am

berita tadi cakap pahang dah leh join Liga M..satu lagi team perak..

hellmate

Posts : 16
Join date : 2009-11-24
Age : 30
Location : Kuantan

View user profile

Back to top Go down

Re: Pahang sudah langsai tunggakan

Post  apens7 on Thu Nov 26, 2009 11:14 am

bagus la... baru la leh tgk pahang men tahun depan...

apens7

Posts : 52
Join date : 2009-11-19

View user profile

Back to top Go down

Re: Pahang sudah langsai tunggakan

Post  Sponsored content Today at 3:08 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum