Pahang Online Football Community
PAFOC adalah sayap e-fans bagi PCC. Untuk menjadi ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PCC kemudian di PAFOC. Ahli mendapat akses penuh termasuk gambar dan pautan. Tertakluk kepada kelulusan Admin.

Pahang main di Temerloh ????

View previous topic View next topic Go down

Pahang main di Temerloh ????

Post  Soul_Eight on Tue Nov 24, 2009 10:11 am

LANCHANG – Stadium mini Temerloh akan dilengkapi lampu limpah bagi membolehkan acara sukan terutama bola sepak berlangsung pada sebelah malam.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, projek bernilai RM3 juta itu akan melengkapkan kemudahan sukan sedia ada di daerah ini.

Menurutnya, dengan adanya lampu limpah berkenaan akan menaik taraf mini stadium berkenaan dan ia seterusnya menjadi tuan rumah bagi pasukan bola sepak Shahzan Muda.

“Pasukan bola sepak Pahang juga akan bermain di Mini Stadium Temerloh sedikit masa lagi,”
katanya sewaktu berucap pada Jamuan Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang di sini kelmarin.:

Tengku Muda Tengku Abdul Rahman dan Cik Puan Muda Julita Aishah mencemar duli bersama-sama kira-kira 10,000 rakyat yang membanjiri Dataran Lanchang.

Majlis yang dimulakan kira-kira jam 2 petang berlanjutan hingga jam 5 petang dengan persembahan daripada artis tempatan antaranya Mawi, Ezlyn dan Jefrydin.

Mawi turut berduet bersama salah seorang penonton menyanyikan lagu Angan dan Sedar menghiburkan dengan persembahan bersahaja.

Penonton yang hadir berpuas hati dengan sambutan Aidilfitri peringkat DUN Lanchang kali ini.

Seorang pengunjung Musazlila Mustapar 27 mengucapkan terima kasih kepada Mohd Sharkar yang juga ADUN Lanchang kerana menjemput Mawi pada sambutan kali ini.

Menurutnya, peluang berjumpa Mawi dengan lebih dekat satu pengalaman manis buatnya.

Pada sambutan tahun lalu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mencemar duli bersama kira-kira 10,000 rakyat menyambut sambutan Aidilfitri peringkat DUN Lanchang.

sumber : Sinar Harian
-----------------------------------------------------
berita bulan September 2009...diberitakan Pahang akan main di Stadium Temerloh...menurut sumber baru baru ni gate collection bukanlah keutamaan tetapi sokongan penonton diutamakan

Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

View user profile

Back to top Go down

Re: Pahang main di Temerloh ????

Post  hellmate on Tue Nov 24, 2009 10:25 am

stadium darul makmur jadi pe?..xkan wat konsert je..

hellmate

Posts : 16
Join date : 2009-11-24
Age : 30
Location : Kuantan

View user profile

Back to top Go down

Re: Pahang main di Temerloh ????

Post  Soul_Eight on Tue Nov 24, 2009 10:32 am

hellmate wrote:stadium darul makmur jadi pe?..xkan wat konsert je..

ada tak ada sama je....Laughing

tapi tak logiklah buat kat Temerloh...safety untuk player takde....kalau saper yang kaki maki player sedaplah....tak ada barrier

Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

View user profile

Back to top Go down

Re: Pahang main di Temerloh ????

Post  hellmate on Tue Nov 24, 2009 10:36 am

aah..temerloh tu sesuai untuk reserve or u19 skuad je main.

hellmate

Posts : 16
Join date : 2009-11-24
Age : 30
Location : Kuantan

View user profile

Back to top Go down

Re: Pahang main di Temerloh ????

Post  Sponsored content Today at 3:08 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum