Pahang Online Football Community
PAFOC adalah sayap e-fans bagi PCC. Untuk menjadi ahli anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PCC kemudian di PAFOC. Ahli mendapat akses penuh termasuk gambar dan pautan. Tertakluk kepada kelulusan Admin.

Tiada hak istimewa

View previous topic View next topic Go down

Tiada hak istimewa

Post  Soul_Eight on Tue Nov 24, 2009 8:17 am

Oleh Lokman Zainal Abidin
[You must be registered and logged in to see this link.]

TIGA kelab yang mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai saingan Liga-M musim depan tidak akan dikenakan sebarang tindakan tetapi mereka perlu bermula dari bawah jika ingin kembali ke kancah liga bola sepak pada masa akan datang.

Itulah yang dinyatakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berhubung keputusan KM Naza FC, UPB/MyTeam FC dan Proton FC yang tidak akan bersama di dalam Liga-M musim depan.

Atas sebab-sebab tertentu, ketiga-tiga kelab itu tidak lagi berupaya meneruskan saingan dalam Liga-M musim depan dan hasrat itu sudah direstui mesyuarat majlis badan induk kebangsaan itu yang bersidang di Wisma FAM, kelmarin.

“Mereka menarik diri sebelum musim 2010 bermula dan disebabkan itu, mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Penarikan diri itu tidak mengganggu perjalanan liga pada musim depan kerana jadual masih belum dibuat.

“Bagaimanapun, jika mereka berhasrat untuk kembali ke dalam saingan Liga-M pada masa akan datang, mereka perlu bermula daripada bawah iaitu Liga FAM. Mereka perlu mengikuti syarat yang sudah termaktub,” katanya.

Dengan penarikan diri KM Naza FC, UPB/MyTeam FC dan Proton FC, saingan Liga Super musim depan hanya menyaksikan penyertaan dua kelab iaitu Johor FC dan KL Plus FC manakala empat lagi kelab iaitu SDM Kepala Batas, Felda United, PKNS dan T-Team akan bersaing di dalam Liga Perdana.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada 2 Disember dan enam pasukan yang masih belum melengkapkan syarat penyertaan akan menjadi agenda utama.

“Kesemua mereka diberi tempoh hingga 30 November dan dua hari selepas itu kami akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada mereka sudah mematuhi syarat berkenaan atau tidak. Jika semua yang ditentukan sudah dipenuhi, mereka akan dibenarkan beraksi.

“Kita perlu segera menyelesaikan semua perkara ini kerana kami di JKPT perlu menyusun jadual pertandingan untuk musim depan. Kita tidak mahu sebarang kelewatan kerana ia akan menjejaskan banyak perkara,” kata Che Mat yang juga Naib Presiden FAM.

Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

View user profile

Back to top Go down

Re: Tiada hak istimewa

Post  Soul_Eight on Tue Nov 24, 2009 8:19 am

kemungkinan Liga Perdana 2010 :

1. Pahang
2. Kuala Lumpur
3. SDM Kepala Batas
4. Felda United
5. PKNS
6. T-Team (bukan ke Liga Super?)
7. Sabah
8. Polis
9. Tentera
10. Johor
11.

Soul_Eight

Posts : 68
Join date : 2009-11-22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum